Powered by Blogger.

Saturday, March 26, 2011

Repair Pen Drive Yang Tak Boleh Format

Hari tu ada sorang kawan aku, bagi aku satu pendrive/thumbdrive kingston 4GB. Dia cakap pendrive tu dah problem. Tak boleh nak save file masuk dalam tu. Nak ambil file boleh. Nak save yang tak boleh. Kalau nak save file atau nak delete file Windows akan alert write-protected. Nak format pun tak boleh!! Apa lagi, dia pun beli pendrive yang baru.

Dia bagi aku pendrive yang problem tu. Dia cakap kalau aku boleh bikin pendrive tu, dia bagi free jer kat aku jer pendrive tu.

Aku pun apa lagi. Cuba jer lah. Tak ada hal.


Harga Pendrive dan External HDD
Aku bukan apa. Pendrive 4GB pung bukan mahal sangat sekarang. Harga terbaru yang aku tengok dalam lingkungan RM20, kalau tak silap. Design pun cantik-cantik. Yang paling besar 32GB harga dalam lingkungan RM170. Erk.. berbaloi ke beli pendrive sampai RM170? Baik belik external hard disk. Harga lebih kurang sama, tapi lebih besar capacity.. 500GigaByte tu..Besar tuuu....!

Tapi hati-hatilah kalau beli pendrive. Takut dapat yang fake a.k.a pirate a.k.a orichina punya. Dah bersepah pendrive yang fake ni. Bukan tak boleh pakai, tapi takut tak tahan lama. Mana tahu hari ni simpan data-data projek juta-juta, sekali besok tak boleh bukak pulak.. projek juta-juta tu tak kisahlah sangat, tapi rugi tu baru jer beli pendrive, dah tak boleh pakai, dah kena pegi beli lagi.. jauh tu kedai pendrive..

Pasal pendrive yang rosak tadi tu, sebenarnya sikap ingin tahu, dan rasa nak mencuba tu yang buat aku nak try. Masalah problemnya setakat tak boleh format, jadi aku fikir mungkin disebabkan virus kot?

Tapi...

Macam-macam cara aku cuba. Cari macam-macam software low-level format. Macam-macam aku download. Berjam-jam juga aku cuba. Masuk forum-forum kat internet, cari masalah yang sama. Balik-balik cara penyelesainnya hampeh.. Hampir nak putus asa gak.

Kalau guna software-software biasa untuk format pendrive tu, nampak macam boleh. Tapi dia punya hasil, yilek, zero. Tak berhasil. Pendrive tetap problem.

Akhirnya, berkat ketekunan dan  keikhlasan aku yang tidak pernah mengenal putus asa, aku jumpa juga software yang sesuai. Akhirnya, berjaya juga pendrive tu diperbaiki. Bertambah aku punya koleksi pendrive.. hehehe..

Jadi, disebabkan hati aku yang baik ni, aku ingin berkongsilah dengan pengunjung-pengunjung blog aku ni software ni.

Silalah download dari link di bawah dan simpan baik-baik. Mana tahu boleh dapat pendrive free macm aku.. hehehehe:


Macam mana nak guna? Senang ajer. Lepas download. Cucuk pendrive dalam USB port. Terus run program tadi. Dia akan terus detect pendrive tu. Pastikan pendrive tu pendrive yang betul. Kalau tidak, kes naya..

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silakan klik disini melanggan via email, Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Blog perantaucyber
Tambah Yuk
Widget by IB | Template Design

Artikel Terkait:

Widget by:IB | Template Design

0 comments:

Post a Comment

 

BUAT PENGUNJUNG

Buat Pengunjung Semua, sebarang cadangan,komentar, atau artikel yang hendak di kongsi. Bolehlaa menghantarnya melalui email : perantaucyber@gmail.com
Terima Kasih

LAYAN DULU

Pengikut

© 2009 Designed by perantaucyber |Template Design