Lagenda Manchester United, Eric Cantona, mengatakan bahawa tindakannya menendang penyokong Crystal Palace, dalam perlawanan di tempat lawan pada Januari 1995 lalu, adalah momen terbaik dalam kariernya.
Insiden "tendangan kung fu" itu bermula apabila Cantona menerima kad merah selepas melanggar bek Crystal Palace Richard Shaw. Ketika sedang berjalan ke bilik persalinan, beiau tiba-tiba berlari dan melompat pembatas dengan kaki mengarah dan mengenai penyokong tuan rumah, Matthew Simmons.
Ketika ramai orang menilai peristiwa itu adalah titik hitam dalam kariernya dan dunia bola sepak, Cantona pula menilai peristiwa secara berbeza.
"Ketika saya melakukan tendangan kung fu kepada penyokong lawan, itu adaah kerana orang seperti dia seharusnya tidak berada dalam permainan ini (bola sepak)," ujar Cantona.
"Saya fikir, untuk sesetengah orang, (menendang orang dengan cara seperti itu) adalah mimpi. Jadi saya melakukan itu (untuk orang yang bermimpi itu). Dengan begitu mereka merasa bahagia. Ini seperti kebebasan untuk mereka,"
"Jadi, saya mengatakan itu kerana mungkin (mereka yang bermimpi itu) merasakannya. Kerana mereka merasakan sesuatu yang istimewa secara fizik. Itu adalah perasaan yang luar biasa, tetapi berbeza," jelasnya.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silakan
klik disini melanggan via email, Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Blog perantaucyber
0 comments:
Post a Comment