Powered by Blogger.

Wednesday, March 9, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA






PERANAN tiga beradik iaitu Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim dalam menghasilkan filem terbaru terbitan mereka berjudul Hikayat Merong Mahawangsa telah menggagumkan banyak pihak termasuklah para pengedar filem di luar negara.



Ini kerana, ramai yang terpegun serta tidak percaya dengan kos pembikinannya yang hanya RM8 juta tetapi filem genre epik dan aksi itu persis sebuah produk bertaraf Hollywood yang sepatutnya mencecah ratusan juta ringgit! Filem ini telah mengangkat kredibiliti tiga beradik itu dalam menghasilkan sebuah filem yang bermutu dalam kos yang begitu minimum sekali.

Menurut Pengarah Urusannya, Norman Abdul Halim, Hikayat Merong Mahawangsa berjaya menarik perhatian ramai pengedar filem sewaktu ia menyertai Pasaran Filem Eropah (EFM) di Berlin, Jerman pada 11 hingga 21 Februari lalu.

"Ramai pengedar filem di sana yang tidak percaya apabila filem ini diterbitkan dengan kos sekitar RM8 juta. Mereka menjangkakan dengan mutu penerbitan yang ditunjukkan filem ini mencecah kos sehingga AS$30 juta (RM105 juta).

"Malah, mereka hanya menonton lapan minit daripada sedutan atau thriller filem ini sewaktu ia dipromosikan di pasaran filem tersebut," katanya kepada Hits sewaktu ditemui di Wisma KRU, Jalan Jelatek, Kuala Lumpur.

KRU Studios Sdn. Bhd. jelasnya, amat berterima kasih dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi yang banyak memberikan sokongan termasuklah membiayai geran lebih RM4 juta bagi pembikinan filem tersebut.

Pada masa sama, Norman melahirkan rasa bangga dengan pencapaian filem itu dan menganggapnya sebagai kejayaan awal sebelum ia ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan pada 2011.

Katanya, keyakinan para pengedar filem di luar negara itu sedikit sebanyak membuktikan bahawa idea, bakat dan kemampuan karyawan tempatan dalam menghasilkan sebuah filem bertaraf dunia bukan omongan kosong semata-mata. Sebanyak 25 pengedar dari 25 buah negara sudah pun menempah untuk mengedarkannya di negara mereka.

"Antara pengedar filem yang berminat itu termasuklah dari United Kingdom, Jerman, Rusia, Perancis dan negara-negara Timur Tengah. Mungkin lebih ramai lagi pengedar selepas ini. Mereka berminat selepas melihat sendiri promo atau thriller filem itu baru-baru ini," ujarnya.

Jelas Norman, para pengedar terbabit tertarik untuk mengedarkan Hikayat Merong Mahawangsa selepas melihat sendiri kecanggihan teknologi dalam filem itu.

Ia berjaya menarik minat para pengedar sekali gus mencatat jualan mencecah jutaan ringgit semasa EFM selain elemen sejarah dan mitos tentang Kerajaan Melayu Langkasuka di Kedah pada kurun ke-11 yang dipaparkan turut memikat hati mereka.

"Hikayat Merong Mahawangsa mempunyai banyak tarikan terutama temanya yang bersifat global di mana filem aksi seperti ini mudah dihayati oleh sesiapa juga atau di mana saja.

"Selain itu set, kostum dan jalan cerita alam Melayu zaman dulu yang dipaparkan juga unik dan ia tidak pernah diangkat melalui filem terutamanya di peringkat antarabangsa," ujarnya.
Filem yang membariskan ramai pelakon terkenal termasuklah Stephen Rahman-Hughes, selaku pelakon utamanya itu banyak mencampurkan elemen mitos dan sejarah di dalamnya.

Kata Norman, ekoran terdapatnya banyak elemen mitos selain tidak banyak naskhah diterbitkan berkaitan Hikayat Merong Mahawangsa ia suatu kelebihan buatnya.

"Maksud kelebihan di sini ialah kami lebih bebas untuk mengolah jalan cerita filem ini bagi disesuaikan dengan mitos dan sejarahnya kerana ia hanya lebih banyak diceritakan 'dari mulut ke mulut' sejak zaman berzaman.

"Ia 'lesen kreatif' kami untuk menjadikan filem ini bukan setakat mempunyai unsur sejarah tetapi juga penuh dengan fantasi. Teknik CGI (imej janaan komputer) banyak 'menghidupkan' filem ini," ujarnya.

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan sebuah filem yang menggabungkan cerita-cerita sejarah dan mitos tiga tamadun terkenal dunia iaitu Melayu, China dan Rom.

Pengarah filem itu, Yusry Abdul Halim yang juga bertanggungjawab menggerakkan adegan-adegan CGI di dalamnya menganggap ia suatu cabaran yang bukan kepalang.

Ini kerana katanya, filem yang menampilkan pelakon handalan dari China iaitu Jing Lu boleh dikatakan banyak bergantung dengan kehebatan imej-imej CGI di sebalik adegan-adegannya.

"Imej CGI yang digunakan dalam filem ini tidak terkira banyaknya kerana hampir 90 peratus penggambaran filem ini dilakukan di luar studio. Imej CGI banyak membantu filem ini.

"Kami juga banyak mereka kostum yang digunakan dalam filem ini mengikut daya imaginasi dan kesesuaian watak serta latar masa kurun ke-11 sewaktu era kegemilangan Kerajaan Langkasuka.

"Antaranya kami telah membina empat buah kapal yang ada di antaranya berukuran 60 kaki kali 20 kaki saiznya bagi menggambarkan jalan cerita filem ini di samping bantuan unsur-unsur CGI," jelasnya.

Disebabkan elemen-elemen CGI canggih yang dipaparkan seperti benar-benar hidup dalamHikayat Merong Mahawangsa, ramai yang beranggapan ia didatangkan 100 peratus dari Hollywood.

Bagaimanapun, Yusry menafikan tanggapan tersebut, sebaliknya kesemua kerja berkaitan elemen-elemen CGI yang dipaparkan dalam filem itu merupakan hasil kerja kreatif anak-anak tempatan.

"100 peratus hasil kerja CGI dalam filem ini adalah hasil kerja para animator KRU Studios Sdn. Bhd., dan 10 peratus lagi dibantu oleh sebuah syarikat produksi tempatan yang lain.

"Kami menggunakan 10 orang tenaga kerja dan saya juga terbabit secara langsung bagi menghasilkan adegan-adegan CGI yang kebanyakkannya rumit untuk dihasilkan.

"Sebagai contohnya, ada adegan membabitkan CGI yang hanya mengambil masa beberapa saat tayangannya tetapi masa untuk menghasilkannya sehingga seminggu lamanya," jelasnya.

Di samping adegan-adegan CGI yang seperti benar-benar hidup, Hikayat Merong Mahawangsa juga menggunakan 15 pelakon aksi lagak ngeri yang didatangkan dari Hong Kong.

Sementara itu, selaku Penerbit Teknikal, Edry Abdul Halim juga yakin filem yang bertaraf antarabangsa itu mampu menarik perhatian para penonton kerana lagu-lagu skor di dalamnya.

Jelasnya, Hikayat Merong Mahawangsa merupakan filem Melayu pertama yang menampilkan muzik skor penuh untuk keseluruhan jalan cerita filem ini sewaktu tayangannya.


"Untuk rakaman skor muzik filem ini ia akan dijayakan dengan kerjasama MPO (Malaysia Philharmonic Orchestra) dengan menggunakan hampir 100 pemuzik.

"Sebuah lagu tema berjudul Seminit Lebih yang saya cipta akan digunakan bagi mempromosikan filem ini. Cuma penyanyi yang akan menyanyikan lagu itu sahaja kami belum jumpa," katanya lagi. Dengan 50 peratus dialog dalam bahasa Melayu dan selebihnya bahasa Inggeris, tiga beradik itu yakin Hikayat Merong Mahawangsa mampu menerjah ke pasaran filem antarabangsa. Filem dengan membabitkan lebih 300 pelakon itu juga kata Edry, akan menggunakan judulThe Malay Chronicles-Bloodlines untuk tujuan pasaran dan tayangannya di peringkat antarabangsa kelak.

Sebarang maklumat lanjut tentang filem yang bakal mencipta sejarah teresndiri dalam bidang perfileman tanah air itu, sila layari laman sesawang www.krustudios.com


Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silakan klik disini melanggan via email, Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Blog perantaucyber
Tambah Yuk
Widget by IB | Template Design

Artikel Terkait:

Widget by:IB | Template Design

0 comments:

Post a Comment

 

BUAT PENGUNJUNG

Buat Pengunjung Semua, sebarang cadangan,komentar, atau artikel yang hendak di kongsi. Bolehlaa menghantarnya melalui email : perantaucyber@gmail.com
Terima Kasih

LAYAN DULU

Pengikut

© 2009 Designed by perantaucyber |Template Design