Powered by Blogger.

Wednesday, March 30, 2011

Makin Dekat - Radioaktif Dah Dijumpai Di Filipina

MANILA - Sejumlah kecil bahan radiasi bawaan udara dari loji janakuasa nuklear Fukushima Daiichi, Jepun telah dikesan di Filipina semalam, tetapi Institut Kajian Nuklear Filipina (PNRI) berkata, ia tidak akan membahayakan orang awam.

Agensi nuklear itu memberitahu, pihaknya menemui isotop radioaktif dari loji janakuasa nuklear Fukushima dalam kuantiti yang sangat kecil.
"Tahap radiasi bahan tersebut sangat rendah dan ia tidak akan memberi mudarat kepada kesihatan," jelasnya.

Minggu lalu, PNRI juga telah menguji beberapa sampel makanan proses yang diimport dari Jepun sebelum bencana berlaku bagi menentukan asas tahap radiasi dalam produk makanan keluaran Jepun.

Setiausaha Kesihatan Filipina, Enrique Ona menyatakan import makanan dari Jepun tidak perlu diharamkan. Agensi dari Jabatan Pertanian Filipina bagaimanapun mencadangkan supaya penggantungan permit import produk-produk susu dari empat kawasan berhampiran loji nuklear Fukushima dilaksanakan.

Sementara itu, pihak berkuasa China menyatakan ia dapat mengesan kehadiran bahan radiasi di atmosfera di beberapa lokasi di China. China melaporkan bahan radioaktif, iodin-131 dikesan dalam udara di timur laut wilayah Heilongjiang sepanjang hujung minggu lalu.

Dalam amaran yang boleh dibaca dalam laman webnya, Kementerian Perlindungan Alam Sekitar China mengumumkan beberapa lagi kawasan di bahagian tenggara China seperti di Jiangsu, Shanghai, Zhejiang, Anhui, Guangdong dan Guangxi turut dikesan mempunyai bahan radiasi. - Reuters.

alahai..dah makin dekat dah.. Semoga Allah selamatkan kita dari sebarang bencana..AMIIN..

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silakan klik disini melanggan via email, Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Blog perantaucyber
Tambah Yuk
Widget by IB | Template Design

Artikel Terkait:

Widget by:IB | Template Design

1 comments:

Khairil said...

AMin..minta jauh dari marabahaya...

Post a Comment

 

BUAT PENGUNJUNG

Buat Pengunjung Semua, sebarang cadangan,komentar, atau artikel yang hendak di kongsi. Bolehlaa menghantarnya melalui email : perantaucyber@gmail.com
Terima Kasih

LAYAN DULU

Pengikut

© 2009 Designed by perantaucyber |Template Design