Kartun terbitan Berita Harian diterbitkan hari ni dalam edisi Berita Minggu memang jelas nampak bodoh. Bodoh yang amat, tak boleh digambarkan dengan kata-kata.
Tak tahulah aku nak kata apa.. apa motif kartunis Zoy yang bodoh tu lukis kartun sebegitu? Nak buat lawak bodoh atau nak malukan negara? Dan si editor yang tak berapa bijak pun tengok kartun yg dihantar budak Zoy tu sambil tergelak-gelak kecil, mungkin kata “comel ni, pandai awak lukis. Ok, publish!”
Maka publish lah kartun ultraman lari dari ombak Tsunami ini dalam Berita Minggu hari ni.
Oh, rupanya bukan orang Malaysia sahaja yang lihat dan keluarkan perkataan bodoh. Rupanya seluruh dunia mengutuk surat khabar utama negara kita, dek kebodohan kartunis Zoy dan editor Berita Harian yang akal tak panjang sangat.
CNN dah buat review, dan dikomen berpuluh-puluh manusia. CNN tu. Bukan web atau blog cikai macam blog ni.
Di kala seluruh dunia bertafakur dan bersedih dengan kejadian tsunami yang menimpa Jepun, Berita Harian terbitkan kartun Ultraman lari dalam keadaan cemas umpama tak mampu nak selamatkan diri.
Ini nyawa orang Zoy, bencana alam dan malapetaka maha dahsyat. Kalau kau orang Jepun, apa kau rasa?
Yang aku hairan, macam mana lah si editor tu boleh izinkan penerbitan kartun bodoh sebegini? Adakah seluruh warga Berita Harian tu, masa nak interview dulu-dulu.. hanya pilih orang-orang yang pendek akal, orang yang tak ada rasa sensitif?
Malu betul aku dengan perbuatan orang kita yang tak fikir panjang begini.
Sebelum buat, tak nak pikir. Bila dah buat dan dikutuk masyarakat dunia, baru la terhegeh-hegeh meminta maaf dan cakap tak ada niat nak buat. Patutkah dimaaf orang-orang sebegini?
Kita jangan baik sangat, lain kali dia buat lagi. Nak kena bagi pengajaran ni pada Berita Harian. Baru dia ingat sampai bila-bila dan jadi iktibar bagi orang lain.
Boykot sahaja berita harian, jangan beli dan jangan beriklan dengan surat khabar bodoh macam ni. Bagi pengajaran sikit.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silakan
klik disini melanggan via email, Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Blog perantaucyber
1 comments:
jom pakat baikot.. memalukan malaysia je..
Post a Comment