Powered by Blogger.

Tuesday, January 29, 2013

Tumpukan 5 Strategi Mudah Dominasi Google

5 Strategi Mudah Dominasi Google

Pemasaran SEO adalah antara pemasaran utama kami di Majalah Niaga. Data  dan statistik bulanan dari Google Analytics sudah cukup membuktikan trafik dari enjin carian banyak membantu kami, dalam meningkatkan jumlah pembaca dan pengikut setia di kalangan pemilik-pemilik bisnes, blogger-blogger, usahawan dan bakal usahawan.

Tip Pemasaran SEO

Pemasaran SEO dikatakan satu pemasaran yang sukar dan mempunyai teknikal yang banyak oleh sesetengah orang. Bagi kami, tidak sama sekali dan ia adalah satu pemasaran sangat menguntungkan untuk semua jenis bisnes, terutamanya pemilik-pemilik bisnes tempatan.

Dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan 5 strategi  mudah untuk meletakkan laman web berada di tangga teratas Google , serta meningkatkan trafik dan pelawat dari Google.

#1 – Giveaway / Contest

Contest atau peraduan adalah strategi yang mudah untuk meningkatkan kepercayaan laman web di mata Google.  Kebiasaannya, teknik ini menjadi kegemaran syarikat jenama besar seperti P1 Wimax, Maxis, Celcom.

Teknik ini pernah digunapakai oleh syarikat Flarebiz, syarikat yang mendominasi industri perniagaan internet tempatan. Yakni ketika pelancaran Niagakit 2.0 pada awal Mac 2010.
Peserta peraduan ini diminta untuk menulis satu artikel reviu berkaitan system e-commerce Niagakit. Peraduan ulasan ini berlangsung selama 30 hari dimana 3 pemenang akan mendapat hadiah yang lumayan.
peraduan-ulasan-niagakit
Apabila dilihat dari sudut jualan, sememangnya teknik ini boleh mendatangkan keuntungan lumayan. Setiap blog yang menghasilkan reviu semestinya mempunyai pengikut tersendiri dan peluang untuk mendapat pulangan positif dari jualan adalah tinggi.
Bukan sekadar jualan sahaja, bahkan dari sudut pandangan kepercayaan di mata Google juga meningkat. Dimana Google akan mengesan banyak link dikreditkan ke laman Niagakit. Di mata Google, nilai autoriti laman web kita meningkat dek kerana blog-blog ‘bercerita’ mengenai laman web kita.

Beberapa tip untuk anda mengadakan pertandingan:
  1. Tempoh peraduan – Letakkan tempoh peraduan. Saranan saya sekurang-kurangnya dalam tempoh 30 hari. Jadi blogger-blogger mempunyai masa yang cukup untuk menulis artikel serta menyebarkan berita mengenai peraduan ini kepada blogger-blogger lain.
  2.  Hadiah Ghairah – Hadiah juga memainkan peranan penting bagi menarik minat blogger menyertai peraduan ini. Penentuan hadiah berbalik kepada modal anda, untuk memastikan pulangan adalah positif.
  3. Wujudkan Laman Khas Peraduan – Untuk memudahkan blogger-blogger, adalah lebih baik apabila kita wujudkan laman khas supaya mereka mudah untuk merujuk hadiah-hadiah yang ditawarkan, syarat-syarat dan sebagainya. Sebagai contoh, pihak Flarebiz juga menyediakan laman khas peraduan disini.

#2 – Blog Khas Untuk Produk

Google sangat suka laman yang dikemaskini , iaitu blog berbanding laman static (website).  Ada dua pilihan, sama ada mahu membina blogshop ataupun hanya membina blog dari subdomain. Sebagai contohnya www.lamanwebanda.com/blog.

Ketika sesi mentorship, saya sentiasa menyarankan kepada para peserta untuk menyediakan blog , selain dari e-commerce untuk mendapat jualan secara terus.

Salah seorang peserta Mentorship SEO yang mempraktikan teknik ini adalah tuan Wan Zaki, yakni pemilik laman web jualan kain tudung, JelitaSara.com. Beliau telah membina blog iaitu jelitasara.com/blog.

Dari blog tersebut, beliau berkongsi tentang tip-tip pemilihan kain tudung serta produk-produk keluaran terbaru dari Jelitasara.com. Hasilnya, laman Jelitasara dapat mendominasi beberapa keyword dominan dalam satu masa.

Ataupun boleh gunakan konsep blogshop untuk jualan serta kemaskini terkini mengenai produk. Sebagai contohnya, apa yang dihasilkan oleh tuan Syahruddin Zainol, pemilik laman blog Apampolkadot.com yang juga salah seorang peserta Alumni Majalah Niaga.

#3 – Integrasi Sosial Media

Sejak tahun 2010, para pengkaji SEO mengenalpasti kepentingan social media dalam menentukan ranking sesebuah lamanweb/blog di Google.

Laman Search Engine Journal melaporkan sosial media adalah sebahagian factor menentukan ranking di Google, dimana Google telah mengemakini algorithm yang dinamakan Google Panda & Google Penguin update sejak awal tahun 2010.
Facebook Majalah Niaga

Malah, sosial media adalah perkara sangat penting masa kini dimana ia sebahagian dengan apa yang dikenali sebagai social proof.

Mengikut laporan dikeluarkan dari SEOMoz, ini diantara elemen-elemen utama yang memberi kesan dalam meletakkan ranking blog kita di Google :
  1. Jumlah ‘LIKE’ di Facebook Fan Page.
  2. Purata ‘SHARE’ yang berlaku di Facebook Fan page.
  3. Jumlah follower di Twitter.
  4. Jumlah tweet yang menyebut jenama produk anda (contoh @majalahniaga) disertakan link laman web.
  5. Jumlah orang yang mengikuti profil Google+.
Untuk percepatkan impak sosial media, anda boleh mengikuti beberapa cadangan saya:
  1. Bina follower aktif. Caranya seperti mengemaskini status di Fan Page dengan konsisten dan lebih kerap.
  2. Mudahkan pelawat untuk kongsikan entri di blog dengan memasang button untuk ‘like’ di Facebook serta ‘tweet’ di Twitter, sepertimana dihasilkan oleh kami untuk blog Majalah Niaga.
  3. Galakkan follower untuk SHARE status di Facebook. Cara paling mudah adalah dengan mengadakan contect kecil. Contohnya ‘SHARE’ status ini dan menangi voucher bernilai RM50 untuk pembelian mana-mana produk dari kami.’
  4. Hasil artikel yang mereka mahu. Tulis apa juga topik dan perkara yang memberi manfaat kepada bakal pelanggan kita. Supaya mereka tidak teragak-agak untuk kongsikan di social media.

#4 – Bina Hubungan Dengan Blog Commenting.

Tidak. Saya langsung tidak menyatakan teknik ini adalah dengan mencari blog secara rawak dan letakkan komen ‘Terima kasih atas perkongsian ini’. Dan ya anda kemungkinan besar akan dicop sebagai spammer!

Teknik sebenar adalah dengan mencari blog yang berkualiti , baca entri perkongsian blog dan sediakan komen yang berguna dan berbentuk konstruktif. Ia boleh mempengaruhi pembaca-pembaca lain klik komen anda serta melawati blog anda.

Anda boleh gunakan laman Google Alerts untuk mencari blog-blog yang relevan dengan produk anda.

Dengan syarat, anda wajib meletakkan url laman web anda di bahagian form.
Untuk sesi praktikal, anda boleh mulakan teknik ini dengan meninggalkan komen di bawah. Bagi menggalakkan penyertaan, komen terbaik akan dipilih untuk mendapat ebook Rahsia Trafik bernilai RM40 secara percuma. ;)

#5 Pelbagaikan Strategi – Strategi ‘Link Building’

Daripada 4 strategi yang dikongsi, perkara yang paling penting adalah pelbagaikan strategi ini. Elakkan daripada fokus terhadap satu strategi sahaja. Sebagai contoh, kita hanya menggunakan teknik blog commenting semata-mata.

Perkara ini wajib dielakkan supaya tidak dikenakan penalti daripada Google. Google akan mengesan link-link yang dibina seperti sudah dirancang, dan tidak dibina secara natural.

Sangat mustahil jika link-link yang dibina adalah hasil dari komen-komen di blog sahaja. Ingat, kini Google sangat bijak menilai sesuatu perkara yang melibatkan link building. Jadi sekali lagi, kepelbagaianya adalah kunci utama.

Credit : Majalah Niaga

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silakan klik disini melanggan via email, Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Blog perantaucyber
Tambah Yuk
Widget by IB | Template Design

Artikel Terkait:

Widget by:IB | Template Design

1 comments:

Ivan said...

iye lah... good ways ... good work...

Post a Comment

 

BUAT PENGUNJUNG

Buat Pengunjung Semua, sebarang cadangan,komentar, atau artikel yang hendak di kongsi. Bolehlaa menghantarnya melalui email : perantaucyber@gmail.com
Terima Kasih

LAYAN DULU

Pengikut

© 2009 Designed by perantaucyber |Template Design