Powered by Blogger.

Tuesday, January 29, 2013

Jumpa dinosaur rangka kayu

 Jumpa rangka kayu dinosaur
 
29 Januari 2013

KUALA NERUS– Sekali imbas ia seakan dinosaur dan bentuknya agak menakutkan. Begitulah penemuan pelik Mohd Rani Ngah, 48, ketika sedang melakukan kerja-kerja pembersihan berdekatan anak Sungai Kampung Lingai, di sini.


Mohd Rani berkata, pada awalnya dia hanya nampak rangka kayu berkenaan di bahagian kepala dan apabila menghampiri kayu yang ditenggelami air itu, dia berasakan ia sesuatu yang menarik dan segera memaklumkan kepada rakan terdekat.

“Saya dan tiga rakan cuba untuk mengangkat kayu berkenaan, namun tenaga yang kami ada tidak mencukupi, justeru saya mengambil keputusan untuk menarik rangka kayu itu menggunakan jentera dan membawa balik ke bengkel untuk dibersihkan.

“Bentuknya seolah-olah dinosaur, di mana saya terpaksa memecahkan dinding bengkel bagi membolehkan kayu berkenaan dibawa masuk,” katanya ketika ditemui, di sini.

Menurutnya, dia mengambil masa kira-kira seminggu untuk membersihkan keseluruhan kayu yang berbentuk unik dan seakan-akan raksasa itu dengan menggantungnya di dalam bengkelnya.

“Sejak saya memaklumkan kepada rakan-rakan dan jiran berhubung penemuan kayu yang berbentuk pelik ini, membuatkan bengkel saya menjadi tumpuan ramai.

“Malah, ada yang datang mengakui takut dengan bentuk kayu yang terjadi secara semula jadi itu,” katanya.

Jelas Mohd Rani lagi, ada beberapa individu yang berminat untuk membeli kayu yang ditemuinya itu dengan tawaran harga mencecah RM3,000, namun setakat ini dia belum bercadang untuk menjualnya kepada sesiapa.

“Setakat ini, saya belum bercadang untuk menjual kepada sesiapa, tetapi jika ada tawaran menarik, mungkin akan mempertimbangkan,” kata bapa kepada tiga anak yang sememangnya meminati seni halus dan kraf tangan ini.-sn

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silakan klik disini melanggan via email, Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Blog perantaucyber
Tambah Yuk
Widget by IB | Template Design

Artikel Terkait:

Widget by:IB | Template Design

1 comments:

setiawan said...

sungguh sangat menarik
jangan lupa berbagi cerita yang lainnya
http://setiawanopinion.blogspot.com/

Post a Comment

 

BUAT PENGUNJUNG

Buat Pengunjung Semua, sebarang cadangan,komentar, atau artikel yang hendak di kongsi. Bolehlaa menghantarnya melalui email : perantaucyber@gmail.com
Terima Kasih

LAYAN DULU

Pengikut

© 2009 Designed by perantaucyber |Template Design