SUNGAI PETANI, 30 Julai: Umno yang selama ini mendakwa kononnya sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam sebenarnya, gagal dalam merealisasikan hasrat menggunung mereka untuk memperjuangkan Islam.
Walaupun telah begitu lama mentadbir negara, slogan Islam yang diperjuangkan oleh mereka menjadi nostalgia dan kenangan kerana tidak berjaya untuk mempraktikkan apa yang dilaungkan sejak menerajui kepimpinan negara.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata demikian ketika berucap di hadapan ribuan hadirin yang membanjiri padang awam, Taman Bandar Baharu, Sungei Lalang, di sini malam tadi.
Menurut beliau lagi, Umno tidak menjadikan parti mereka sebagai sebuah parti contoh yang boleh diteladani dalam memberi kefahaman kepada bukan Islam.
"Umno juga gagal untuk meyakini rakan mereka seperti MCA, Gerakan, MIC, PBS dan komponen bukan Islam yang lain untuk memahami konsep Islam yang dibawa oleh mereka.
"Apabila PAS cuba menyatakan kebenaran dengan menunjukkan teladan yang baik dan menjadi tuntutan syariat, Umno akan menentang walaupun mengetahui kebenaran yang ada, " ujarnya lagi.
Beliau juga berkata, dalam tempoh singkat pemerintahan PAS dan PR di Kedah, usaha bagi mengekang maksiat dan kebatilan turut dibantah oleh Umno dan BN.
"Kenapa semasa PR perintah, hendak sekat umat Islam dari melakukan maksiat di tempat-tempat hiburan atau melalaikan, Umno yang didakwa memahami Islam, hendak menyekat usaha yang menjadi tuntutan ini.
"Sepatutnya Umno yang meluluskan enakmen hiburan tersebut pada tahun 1997 semasa memerintah dulu, menyokong untuk kebaikan umat Islam sendiri, bukannya menentang.
"Soal agama tidak harus dipolitikkan demi fahaman sempit yang menunjukkan kedangkalan ilmu dan kefahaman Islam yang sebenarnya," tambahnya lagi.
Jelasnya lagi, PAS adalah sebuah parti yang mampu untuk mengorak langkah membawa perubahan dalam pilihan raya umum yang akan datang, bukan saja kepada seluruh rakyat negara ini, malah mampu membawa reformasi dalam sistem pemerintahan negara. KLIK SINI

Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silakan
klik disini melanggan via email, Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Blog perantaucyber
1 comments:
setuju,soal agama tak perlu dipolitikkan..tp politik mesti berlandaskan agam ^^
Post a Comment