Powered by Blogger.

Sunday, February 20, 2011

Cara Install Windows 7

 
windows 7 adalah produk Microsoft terkini yang juga menawarkan beberapa kelebihan jika di bandingkan dengan versi sebelumnya. Di sini saya akan menerangkan cara installation windows 7 ke komputer anda secara langkah demi langkah secara bergambar. Saya percaya dengan pengetahuan ini juga membolehkan anda membaik pulih komputer anda sendiri sekiranya komputer anda di landa masalah (virus, file corrupt dan spyware). Selain ia menjimatkan duit, anda juga boleh membuat duit dengan mengetahui cara-cara ini.
Sebelum memulakan pemasangan windows 7 ada beberapa benda yang perlu antaranya ialah
  1. Windows 7 DVD
  2. Komputer dengan spesifikasi di bawah (minimum, jika dapat lebih lagi baik)
    • 1 gigahertz (GHz) 32-bit (x86) atau 64-bit (x64) processor
    • 1 gigabyte (GB) RAM (32-bit) atau 2 GB RAM (64-bit)
    • 16 GB ruang hard disk  (32-bit) or 20 GB (64-bit)
    • DirectX 9 graphics device dengan WDDM 1.0
Setelah semua peralatan tersedia, mari kita rmula


 Langkah 1:

Masukkan DVD Windows 7 ke DVD Drive dan reboot komputer anda. Selepas daripada reboot anda akan nampak screen seperti di bawah.
Tunggu sehingga proses ini selesai, Pada ketika ini, installer tidak mengubah apa-apa konfigurasi di dalam komputer.



Langkah 2:

Setelah langkah 1 tadi selesai, komputer akan memaparkan gambar seperti di bawah.
Di sini anda akan di beri pilihan bahasa, format masa dan juga keyboard layout.Klik next untuk proses seterusnya.



Langkan 3:

Di sini anda ada beberapa pilihan seperti "Repair your computer", pilihan ini adalah untuk komputer yang sudah di install windows 7 tetapi malangnya berlaku beberapa kesilapan teknikal dan menyebabkan sistem windows tersebut rosak dan perlu di baik pulih.
Dalam topik ini, kita hanya perlu klik "Install now".


 Langkah 4:

Di sini kita akan dapati lesen yang membosankan jika di baca. Saya rasa tidak ramai di kalangan kita yang sanggup membaca lesen ini. Tanda kotak "I accept the license term" diikuti butang "Next"



Langkah 5:

Di sini anda boleh memilih samada untuk upgrade atau install baru sistem Windows 7. Walaupun anda boleh upgrade daripada sistem windows yang lama kepada windows 7, saya mengesyorkan anda mengambil cara ke-2 iaitu "Install new copy of windows". Ini adalah untuk mendapatkan prestasi windows 7 yang sebenar di samping mengurangkan masalah-masalah semasa proses pemasangan.




Langkah 6:

Klik lokasi di mana anda mahu file windows di installkan. Ada setengah kes di mana pengguna perlu membuang sistem operasi lama mereka untuk mengelakkan sebarang konflik dan juga menjimatkan ruang hard disk. Untuk membuang sistem operasi lama, anda hanya perlu memilih "Drive Options" yang berada di bawah kotak pilihan hard disk,klik  butang format, seterusnya klik butang "next"



Langkah 7:

Sekarang Windows 7 akan memulakan proses pemasangan yang mana ianya akan mengambil lebih kurang 15-40 minit bergantung kepada kelajuan komputer. 



Langkah 8:

Setelah proses tadi selesai, anda akan melihat skrin seperti di bawah ini.



Langkah 9:

Sila masukkan nama anda di ikuti nama komputer anda seperti test-pc atau Bob-pc. Nama ini akan kelihatan di network, jadi sila gunakan nama yang bersesuaian supaya mudah untuk anda mengenal pasti komputer ini nanti.



Langkah 10:

Masukkan password anda di sini.



Langkah 11:


Di sini, anda perlu mamasukkan windows 7 product key yang di sertakan sekali apabila anda membeli DVD Windows 7 ini (original je, yang lanun tu memang tak dapat). :)

Jika Windows 7 di sertakan sekali semasa anda membeli komputer anda, kebiasaanya product key ini terletak di belakang PC atau di bawah notebook.



Langkah 12:

Pilih recommended setting yang terletak di atas sekali antara ke tiga-tiga pilihan.



Sekarang komputer anda telah tersedia dengan windows 7. Sila gunakan dengan gembira dan senyuman...


Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silakan klik disini melanggan via email, Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Blog perantaucyber
Tambah Yuk
Widget by IB | Template Design

Artikel Terkait:

Widget by:IB | Template Design

0 comments:

Post a Comment

 

BUAT PENGUNJUNG

Buat Pengunjung Semua, sebarang cadangan,komentar, atau artikel yang hendak di kongsi. Bolehlaa menghantarnya melalui email : perantaucyber@gmail.com
Terima Kasih

LAYAN DULU

Pengikut

© 2009 Designed by perantaucyber |Template Design